Skip to Navigation Skip to Content

Nabi Adam a.s Part II

Permulaan Munculnya maksiat
air mata penyesalan nabi Adam selama 100 tahun dikatakan menumbuhan rumput dan pohon-pohon

Allah melaknat iblis dan mengusirnya dari syurga buat selama lamanya disebabkan kesombongan nya. hukuman itu menyebabkan iblis dendam sama nabi Adam, lalu iblis memohon kepada Allah supaya di panjangkan usia sehingga hari kiamat.

Iblis bersumpah mau menyesatkan nabi Adam dan anak cucunya dari jalan kebenaran ,serta menggoda supaya mengabaikan perintah Allah
Permohonan itu di kabulkan, namun Allah mengiringi penerimaan itu dengan kutukan.

Allah berfirman;
"keluarlah engkau dari syurga sebagai mahluk yang terhina serta terusir. sesungguhnya siapa diantara mereka yang menurut mu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang durhaka) semuanya." (Al-A'raaf:18)
Selepas iblis di usir dari syurga, tinggalah nabi Adam sendirian, tetapi ketika dia bangun dari pada tidur tiba tiba di sisi kepalanya ada seorang wanita (hawa) yang di jadikan Allah kepadanya

diriwayatkan dari pada Ibnu Abbas, hawa dijadikan dari pada tulang rusuk nabi Adam ketika baginda tidur dan dia tidak berasa sakit
Adam dan Hawa tinggal di syurga dengan penuh kenikmatan, namun dilarang mendekati sejenis pohon. tetapi larangan itu tidak di patuhi menyebabkan pakaian dan perhiasan mereka di syurga terlepas

"dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (kedalam larangan) dengan tipu dayanya. Selepas mereka memakan (buah) pohon itu, terbukalah kepada mereka berdua aurat masing masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun daun(dari) syurga.
serta tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah aku telah melarang kamu berdua dari pohon itu, dan aku katakan kepada kamu, bahwa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata" (al-a'raaf : 22)
lanjutan dari pada peristiwa itu juga Allah mengingatkan anak cucu adam yaitu manusia tidak terpedaya dengan syaitan , sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua duanya dari syurga, sehingga terlucut pakaian mereka berdua

nabi Adam sambil menangis menoleh kepada Hawa lalu berkata: "Persiapkanlah dirimu untuk keluar dari sisi Allah. inilah permulaan munculnya maksiat".

Hawa menjawab: "wahai Adam aku tidak pernah menyangka ada makhluk berani bersumpah palsu kepada Allah."

di syurga nabi Adam senantiasa berlari karena malu kepada Allah sehingga baginda mengira azab allah di percepatkan, lalu dia menundukkan kepala dan berkata: "ampun - ampun."

setelah di turunkan dari tempat suci ke tempat yang penuh kelaparan, Adam menangisi kesalahannya selama 100 tahun. dia selalu menundukkan kepala diatas kedua dua lututnya, sehingga titisan air matanya membasahi bumi, menumbuhkan rumput dan pohon.

wahab bin munabbih menceritakan, nabi Adam berada dalam kemurkaan allah selama tujuh hari . pada hari ke tujuh, allah memanggilnya, kemudian memberikan wahyu kepadanya
"wahai Adam, kesedihan apakah yang aku lihat menimpamu hari ini? bencana apakah menimpamu sehingga menyebabkan mu hanyut?"

Allah meminta nabi Adam berkata:
"tiada tuhan selain engkau, maha suci engkau wahai Allah dengan segala puji-mu, aku menganiaya diriku sendiri dan aku melakukan kejahatan, terimalah taubatku. sesunguhnya engkau yang maha penerima taubat lagi maha pengasih."
kemudian Allah mengirimkan kepada nabi Adam sebuah khemah dan diletakkannya di tempat berdirinya kaabah(sebelum kaabah itu sendiri di cipta). nabi Adam tinggal disitu dan seterusnya mengembangkan keturunannya.

ada juga menceritakan nabi Adam dan Hawa pertamanya tiba di puncak bukit di luar makkah, dengan Adam di safa, manakala Hawa di marwa.

sesetengah mendakwa nabi Adam berpindah ke sri lanka dan di sana terdapat satu tempat di panggil puncak bukit adam yang di katakan mengandungi jejak tapak kakinya yang besar.

pendapat menerangkan nabi Adam hidup 1,000 tahun. baginda di makamkan di al-hindi, di kawasan sisi bukit dan dikatakan dekat dengan bukit (abu qabis) di makkah.
baginda di kafankan, disolatkan dan di masukkan le liang kubur oleh malaikat

Source : my metro
Posted under: