Skip to Navigation Skip to Content

Nabi Adam a.s Part 1

Kemuliaan Nabi Adam a.s :
Memiliki derajat yang tinggi dari segi ilmu berbanding malaikat walau Adam di ciptakan Allah dari tanah

Umat islam mempercayai Nabi Adam a.s adalah manusia pertama yang di ciptakan. semua kitab samawi mengakui kebenaran ini
malah di dalam Al-Quran perkara ini jelas dapat di pahami

"Wahai anak-anak Adam jangan lah kamu diperdaya oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua-dua ibu bapak kamu dari syurga,
ia melucutkan pakaian mereka berdua untuk memperhatikan aurat mereka berdua.
sesungguhnya syaitan dan kaum nya melihat kamu di mana kamu tidak dapat melihat mereka. sesungguhnya kami telah menjadikan
syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman" (al-A'raaf:27)


Keterangan itu menjelaskan Adam dan Hawa adalah ibu bapak kepada semua manusia, bermula dari pada dua insan tersebut, manusia berkembang biak sehingga terbagi kepada suku bangsa, bertebaran memakmurkan muka bumi

di dalam surat al-Baqarah ada juga menceritakan mengenai nabi Adam. "dan dia telah mengajarkan nabi Adam, akan segala nama benda2 dan gunanya, kemudian ditunjukkan kepada malaikat lalu dia berfirman:
'terangkanlah kepada-ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar".


malaikai itu menjawab :
maha suci engkau. kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari pada apa yang engkau ajarkan kepada kami ;sesungguhnya engkau jualah yang maha mengetahui,lagi bijaksana


Allah Berfirman "wahai Adam terangkanlah nama benda2 itu kepada mereka,
Allah berfirman "bukankah aku telah katakan kepada kamu bahwasannya aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan".

Dan ketika kami berfirman kepada malikat: "Tunduklah kepada nabi Adam. lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat kecuali iblis: ia enggan
dan takabur, dan jadilah dia dari golongan yang kafir."

Dan kami berfirman:
"Wahai Adam tinggalah engkau dan istrimu dalam syurga, dan makanlah daripada makanannya sepuasnya apa yang kamu berdua sukai,
dan janganlah kamu hampiri pohon ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang yang zalim."


selepas itu syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga dan menyebabkan mereka di keluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalam nya
Dan kami berfirman : Turunlah kamu! sebagian dari kamu akan menjadi musuh kepada sebagian yang lain; dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi,
Serta mendapat kesenangan hingga kesuatu masa.

Kemudian nabi Adam menerima dari pada tuhan nya beberapa kalimah, kata-kata pengakuan tobat yang di amalkannya lalu Allah menerima tobatnya;
sesungguhnya Allah, dialah yang maha pengampun (penerima tobat), lagi maha penyayang

lalu kami berfirman lagi:
"turunlah kamu semuanya dari syurga itu! kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari pada ku, maka siapa yang mengikuti
petunjukku itu (niscaya tidak ada kebimbangan dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berduka cita"


Penciptaan nabi Adam melalui beberapa peringkat. ketika Allah berkehendak menjadikannya, dia memerintahkan malaikat mengumpulkan debu dari penjuru bumi
dan dari berbagai warna

seterusnya membentukkan debu itu dengan air, lalu menjadi tanah liat yang keras, melekat kuat antara satu sama lain.
Peringkat kejadian ini kira-kira 40 tahun sehingga menjadi kering

nabi Adam seterusnya di ciptakan dari pada tanah kering yang berasal dari pada lumpur hitam selepas terbentuk fisikalnya, Allah meniupkan roh ketubuhnya.
Akhirnya sempurnalah penciptaan nabi Adam sebagai manusia, dengan sebaik-baiknya kejadian.

selepas itu Allah, Allah mengajar nabi Adam segala nama yang menjadi dasar ilmu pengetahuan.
Allah memperlihatkannya kepada malaikat. dia memiliki derajat yang tinggi dari segi ilmu berbanding malaikat

"dan sesungguhnya kami telah menciptakan kamu, lalu kami membentuk rupa kamu, kemudian kami berfirman kepada malaikat
malaikat: sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud melainkan iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud." (al-a'raaf:11)


malaikat mengikut perintah Allah supaya sujud kepada Adam, mana kala iblis terus membantah dan hanyut dalam kesembongannya
kerana mendakwa dirinya lebih mulia

kesombongan iblis itu juga digambarkan dalam surat al-A'raaf ayat12 bermaksud:
"Allah berfirman :
"apakah yang menghalangmu dari pada sujud ketika aku perintahkan? iblis menjawab: aku lebih baik dari pada Adam, engkau(wahai tuhan)
jadikan aku dari api, sedang ia engkau jadikan dari tanah".
Part II
Source : my metro
Posted under: